18 November, 2005

KELUARGA HABIB-JALIL DI SKUDAI,JOHOR


Adik saya yang ketiga,Hjh.Juriah Bt.Hj.Zahari(berdiri dua dari kanan) dan suaminya,Hj.Hashim B.Barudin.Anak-anaknya,Khairul Muslim,Khairul Faizi,Faizatul Hamizah dan Khairul Naeem.Khairul Muslim(Berdiri kiri sekali) sedang belajar di Uitm,Bukit Mertajam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.Hj.Hashim berasal dari Kg.Slim,Perak sedang buat PhD di UTM,Skudai,Johor dalam bidang Ukur Tanah.

KELUARGA HABIB-JALIL DI KOTA KEMUNING,KELANG,SELANGOR


Adik saya,Dr.Norazah Bt.Hj.Zahari yang bertugas di Hospital University,Petaling Jaya dan suaminya,Fauzul Azam B.Hj.Aziz seorang jurutera dengan Maxis dan anak-anaknya,Najmi Faiz dan Nuqman Arif.Bergambar bersama mereka ialah bapa saya,Hj.Zahari B.Dahalan dan ibu saya,Hjh.Siti Zabedah Bt.Abdul Jalil.

KELUARGA HABIB-ZAITON DI PAYA JARAS,SG.BULOH,SELANGOR


Mak Lang Anon Bt.Amat(dua dari kanan) dan Pak Lang Mohd Redzuan B.Md.Yusof(satu dari kanan).Mak Lang Anon adalah anak Hjh.Zaiton Bt.Hj.Habib.

KELUARGA HABIB-JOHARI DI KUALA LUMPUR

Pak Long Hj.Ahmad Zukni B.Hj.Johari bersama ayah saya,Hj.Zahari B.Dahalan.Beliau berkunjung ke rumah ayah saya pada hari raya ke 3.

KELUARGA HABIB-JAMALI DI TAIPING

Saya dan anak saya,Muhammad Azim beraya di rumah Pak Long Dato'Hj.Mohd.Zailani B.Hj.Jamali dan Mak Long,Datin Hjh.Che Jam Bt.Mohd.Sain di Asam Kumbang,Taiping,Perak.

KELUARGA HABIB-ZAITON DI ULU KELANG,KUALA LUMPUR

Tok Dak Hjh.Zaiton Bt.Hj.Habib yang tinggal di Kelumpuk Kemuning,Ampang/Ulu Kelang,Kuala Lumpur.Beliau yang lahir pada 17.12.1923 dan tinggal bersama anak bongsunya,Muhamad Mustafa B.Amat(gambar bawah) yang bekerja di NHK Manufacturing Sdn.Bhd.,Senawang,Negeri Sembilan sebagai pemandu.

KELUARGA HABIB-JALALUDIN DI TAIPING


Keluarga Mak Dak Roziah Bt.Hj.Jalaludin dan Pak Dak Nor Azmi B.Nordin dan anak-anaknya,(dari kiri)Nor Maisarah,Nor Aznil,Nor Azmer dan Nor Aznan.Anaknya yang sulung,Nor Masitah yang bertugas di JPJ,Kota Bharu,Kelantan tiada dalam gambar.Gambar ini diambil semasa kenduri kahwin anak bongsu Pak Uda Sharom(ketayap putih).