13 September, 2008
KELUARGA SAAID-RAGAYAH DI SG.LESONG,TEMOH,PERAK
Salinan Kad Pengenalan Ragayah @ Wak Gayah Bt.Hj.Syed @ Saaid yang saya perolehi dari anaknya,Pak Lang Mohamad Yasin B.Hj.Noh.Beliau adalah anak sulong Hj.Saaid.Tarikh kelahiran tercatit pada tahun 1921 di Kg.Simpang Empat,Sg.Lesong,Batang Padang,Perak.
Alhamdulillah berpandukan tunjuk arah yang diberikan oleh Pak Lang,saya berjaya menjejaki pusara Wak Gayah di Surau Al-Taufiqiah,Kepayang Fair Park,Ipoh,Perak.
03 September, 2008
KELUARGA UMI KALSUM-MARLIYAH DI BINTARO,JAKARTA SELATAN
Innalillahi wa inaillaihi rojji'un
Haji Mohd Thahar Mas B.Mas Muhammad yang berusia 89 Tahun telah meninggal dunia pada Rabu,3hb.September 2008 bersamaan 3 Ramadan 1429H jam 1.30 pagi dan telah dikebumikan selepas zohor di TPU Tanah Kusir,Jakarta.
Gambar kenangan bersama Allahyarham semasa beliau dan Tok Mardiyah mengunjungi rumah kami di Perumahan Awam Batu 4,Kamunting,Taiping pada tahun 1979.Itu pertama kali baru saya(kiri sekali) tahu ada saudara-mara di Indonesia.Masa itu saya balik bercuti musim panas antara bulan Jun hingga Ogos 1979.Tak tahu nama dan kaitan mereka.Sehingga lah kunjungan saya ke Jakarta dan akhirnya ketemu juga beliau pada 2 Ogos 2008.Iaitu hampir 28 tahun niat hendak bertemu beliau terkabul.Syukur alhamdullillah.Gambar tersebut dirakam menggunakan kamera pertama yang saya beli di England.Walaupun gambarnya tak berapa jelas,kamera murah,tapi yang penting detik kehadiran mereka itu amat berharga bagi saya.

AL-FATIHAH
SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DENGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN
Gambar kenangan bersama Allahyarham semasa beliau dan Tok Mardiyah mengunjungi rumah kami di Perumahan Awam Batu 4,Kamunting,Taiping pada tahun 1979.Itu pertama kali baru saya(kiri sekali) tahu ada saudara-mara di Indonesia.Masa itu saya balik bercuti musim panas antara bulan Jun hingga Ogos 1979.Tak tahu nama dan kaitan mereka.Sehingga lah kunjungan saya ke Jakarta dan akhirnya ketemu juga beliau pada 2 Ogos 2008.Iaitu hampir 28 tahun niat hendak bertemu beliau terkabul.Syukur alhamdullillah.Gambar tersebut dirakam menggunakan kamera pertama yang saya beli di England.Walaupun gambarnya tak berapa jelas,kamera murah,tapi yang penting detik kehadiran mereka itu amat berharga bagi saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)