26 November, 2008

SURAT JEMPUTAN PERHIMPUNAN

Tarikh: 15hb.Oktober 2008

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kepada
Semua Keluarga Hj.Rais dan Hj.Raof dan Rantingnya,
Di mana saja berada.

PERHIMPUNAN KELUARGA HJ.RAIS DAN HJ.RAOF
TEMPAT : DEWAN MPT,KAMUNTING
TARIKH : SELASA 9 HB.DISEMBER 2008
(HARI KEDUA HARI RAYA HAJI)
MASA : MULAI 9 PAGI HINGGA 6 PETANG
Keluarga Hj.Rais dan Hjh.Sakdiyah
1.Hjh.Umi Kalsum - Indonesia
2.Hj.Habib - Malaysia
3.Hjh.Siti Fatimah - Malaysia
4.Hjh.Siti Maryam - Indonesia
5.Hjh.Siti Zainab - Malaysia
6.Hj.Saaid - Malaysia
7.Hjh.Siti Habsah - Indonesia
Keluarga Hj.Raof dan Hjh.Mariam
Mengikut cerita lisan yang diperolehi dari waris-waris yang masih hidup,dikatakan mempunyai 15 orang anak.Tapi hanya nama-nama berikut yang dapat dikesan sehingga kini.
1.Tok Long ? (perempuan)
2.Tok Lang Jaafar
3.Tok Ndak Seman @ Osman
4.Tok Jang Kalsom
5.Tok Teh Mahmood
6.Tok ? (mak M'Ngah Jam)
7.Tok Cik Mahya
8.Tok Su Sare'ah
9.Tok Intan @ Sawiyah
Adalah dimaklumkan bahawa satu Jawatankuasa telah dibentuk khas untuk menganjur dan mengendalikan perhimpunan Keluarga Hj.Rais dan Hj.Raof dan rantingnya.
Perhimpunan ini diadakan yang melibatkan keluarga Hj.Habib dan Tok Intan serta adik-beradiknya.Untuk makluman,semenjak Datuk moyang kita dari Tanah Jawa mula menjejaki kaki ke Malaya pada akhir abad ke 19,sehingga kini sudah mencecah hingga ke generasi ke 8.Mungkin ramai yang tak sedar bahawa masih terdapat generasi ke 3 yang masih hidup dan seterusnya yang masih tidak tahu asal usul keturunan mereka.
Sepertimana yang kita ketahui keturunan kita adalah keluarga yang amat besar dan kadangkala amat sukar untuk mengenali diantara satu sama lain.Harapan kami perhimpunan yang ulung kalinya diadakan ini menjadikan penyambung tali silaturrahim.Dengan itu anda dan sekeluarga diminta berusaha hadir ke perhimpunan ini nanti dan menjayakannya.
Matlamatnya utama perhimpunan ini adalah untuk mengumpul dan menyatupadukan keluarga Hj.Rais dan Hj.Raof supaya setiap keluarga dapat berkenalan mesra,mengerat dan memupuk perpaduan silaturrahim,menyimpan rasa kasih sayang,bekerjasama dan saling bantu membantu serta menjaga keharmonian yang ujud diantara satu sama lain.
Untuk melicinkan perjalanan perhimpunan,kami amat berbesar hati sekiranya anda dapat memaklumkan kehadiran jumlah ahli keluarga yang dapat hadir pada tarikh tersebut kepada Saudara Zulkifli B.Zahari,Pengerusi,Jawatankuasa Penganjur melalui telipon/sms no.012-6302621 atau emel zultiger60@gmail.com dengan menyatakan nama serta jumlah ahli keluarga yang akan hadir,selewat-lewatnya pada 15hb.November 2008.
Kami sangat mengalu-alukan sumbangan kewangan secara ikhlas untuk menampung perbelanjaan perhimpunan ini.Disamping itu apa-apa bantuan sama ada tenaga atau material juga diperlukan.
Anda boleh mengikuti perkembangan perhimpunan ini di blog http://hjrais.blogspot.com/ dan http://www.geni.com
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan,sila hubungi nama-nama yang tertera di bawah.
Wabillahitaufik walhidayah wassalam.
Sekian.Terima kasih.
Penaung dan Penasihat Perhimpunan,
TUAN HJ.ZAINAL ARIFFIN B.HJ.HABIB (Generasi ke 3)
Tel: +605-8074157
Pengerusi,Jawatankuasa Penganjur,
ZULKIFLI B.ZAHARI (Generasi ke 5)
Tel: +6012-6302621 emel : zultiger60@gmail.com
Ahli-Ahli Jawatankuasa Penganjur:
1.HAYATI BT.HAYATUDIN (Generasi ke 5) - +6012-2892136
2.DR.MD.ISA B.KASIM (Generasi ke 5) - +6017-3799438

No comments: