Haji Mohd Thahar Mas B.Mas Muhammad yang berusia 89 Tahun telah meninggal dunia pada Rabu,3hb.September 2008 bersamaan 3 Ramadan 1429H jam 1.30 pagi dan telah dikebumikan selepas zohor di TPU Tanah Kusir,Jakarta.
AL-FATIHAH
SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DENGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN
Gambar kenangan bersama Allahyarham semasa beliau dan Tok Mardiyah mengunjungi rumah kami di Perumahan Awam Batu 4,Kamunting,Taiping pada tahun 1979.Itu pertama kali baru saya(kiri sekali) tahu ada saudara-mara di Indonesia.Masa itu saya balik bercuti musim panas antara bulan Jun hingga Ogos 1979.Tak tahu nama dan kaitan mereka.Sehingga lah kunjungan saya ke Jakarta dan akhirnya ketemu juga beliau pada 2 Ogos 2008.Iaitu hampir 28 tahun niat hendak bertemu beliau terkabul.Syukur alhamdullillah.Gambar tersebut dirakam menggunakan kamera pertama yang saya beli di England.Walaupun gambarnya tak berapa jelas,kamera murah,tapi yang penting detik kehadiran mereka itu amat berharga bagi saya.
2 comments:
Semoga Roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat dan di tempatkan dengan orang-orang yang beriman.
Kanda,
Tak dapat saya gambarkan bagaimana perasaan kehilangan yang saya rasakan terutamanya semasa mengantar dan menyaksikan Allahiyarham disemayamkan.
30 hari sebelumnya kita sama-sama berkelakar dengan beliau pasal foto anak kambing yang mungkin telah membuat hatinya sedikit kesal, dan kita belum lagi minta ampun.
Kanda Haris ada menulis sedikit tentang beliau di CERITA ANTAR KITA dan saya pun ikut menulis pada kolom komen. Kurang lebih, begitulah yang mahu saya sampaikan.
Salam,
Nonki
Post a Comment